KEPUTUSAN UPSR 2008

Keputusan UPSR 2008 telahpun diumumkan pada 13 November 2008 yang lalu. Seramai 4 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A. Manakala murid yang memperolehi 4A 1B juga seramai 4 orang. Pada keseluruhannya pencapaian dari segi kualiti bagi semua mata pelajaran adalah memuaskan.




Murid-murid yang berjaya begitu gembira kerana hasil usaha mereka selama ini telah terbalas. Diharapkan kejayaan mereka akan menjadi contoh kepada murid-murid lain.



Dilaporkan oleh,
Pn.Nor Hasimah Khamis
Guru Media

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah telah diadakan pada 13 November 2008 yang lalu. Majlis pada kali ini diadakan secara tertutup disebabkan kekangan waktu yang amat singkat selepas PKSR2.Walaupun begitu majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna dan meriah sekali atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan semua pelajar.

Pelajar yang berjaya menerima hadiah daripada En.Lurman bin Md.Rani,Penolong Kanan SK St Francis.