HARI PROFESIONAL GURU 2009




Pada 28 Mac 2009 iaitu hari Sabtu merupakan hari profesional guru seluruh negara .Seramai 150 orang guru dari 4 buah sekolah iaitu
SK St Francis,SK Seri Selamat,SK ACS Methodist Lumut dan SJK (T) MGVS terlibat dalam program ini yang diadakan di PPD Manjung (Dewan Bestari).
Antara Slot yang terkandung pada hari Profesional ini ialah Ceramah yang bertajuk TAJMA dan Budaya Kerja Kelas Pertama.Ceramah yang diberikan sangat berguna kepada guru-guru dan ianya menjadi panduan yang berguna bagi melahirkan guru yang betul-betul berwibawa.

pertandingan bercerita BM tahap 1 dan 2 Daerah Manjung 2009

24 Mac 2009 bertempat di SJKT MGVS,Sitiawan telah diadakan pertandingan bercerita BM tahap 1 dan 2 diiringi oleh guru pengiringnya Pn Noriza.Murid yang menyertai ialah Muhammad Aiman b Ahmad Zambri dan Arvinthan Nair A/L Mohan.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH

1. SAMBUTAN MAAL HIJRAH


Pada 23 Januari 2009 bersamaan ( 26 Muharram 1430 ) iaitu hari Jumaat jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di SK St Francis telah diadakan sambutan Maal Hijrah . Sambutan Maal Hijrah ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan Moral.Antara Aktiviti yang dijalankan ialah mengacau bubur Asyura.


Latar belakang Sambutan Maal Hijrah ialah :
- Murid kurang pendedahan tentang hari-hari kebesaran Islam dan apakah aktiviti yang sewajarnya diadakan dalam acara sambutan tersebut
- Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral,Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah mengarahkan semua sekolah supaya melaksanakan sambutan hari kebesaran Islam dan Ko-Kurikulum peringkat sekolah.

Matlamat Sambutan ini ialah melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.Objektifnya pula ialah yang pertama melatih murid melakukan amalan yang mulia,kedua menghayati cara hidup Islam dan yang ketiga melahirkan murid yang berilmu beriman dan bertaqwa.

Antara sasaran sambutan maal hijrah ini ialah semua murid SK.St Francis, Sitiawan, Perak. dan semua warga guru dan kakitangan SK St Francis.

GAMBAR OLAHRAGA KEJOHANAN KE 41









LAPORAN AKTIVITI PEND AGAMA ISLAM

2.PERTANDINGAN TADARUS SARINGAN DAERAH MANJUNG

Tarikh : 24 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 2.00 petang – 6.00 petang
Tempat : SK.Muhammad Saman

Kategori yang dipertandingkan ialah Hafazan,Tilawah dan bercerita.Seramai 6 orang murid terlibat.Antara murid yang menyertai ialah Mohamad Irshad bin Sathiq Noor (Hafazan) Nur Aiman Fakhri b A. Manaf Thn 6 Gemilang (Hafazan) Muhammad Asyraf b Mohd Idrus (Tilawah) Wan Muhamad Syafiq b Wan Kamarul Azran Thn 6 Gemilang (Tilawah) Ameerul Syafiq b Muhammad Ensalie Thn 4Gemilang (Bercerita) dan Mohammad Danial bin Azizi Thn 4 Gemilang (Bercerita).

Seramai 42 buah sekolah terlibat.Hanya 10 peserta dari setiap kategori sahaja yang melepasi saringan ini berjaya ke peringkat Daerah yang akan diadakan di SK Seri Bayu pada 14 Mac 2009 (Sabtu)


3. PERTANDINGAN MAHRAJAN KESENIAN ISLAM SARINGAN DAERAH MANJUNG

Tarikh : 4 Mac 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : SK Seri Sitiawan,Manjung

Kategori yang dipertandingkan ialah Nasyid seramai 9 orang dan seorang simpanan, bacaan rawi dan tulisan jawi khat.Tulisan Jawi khat layak keperingkat Daerah yang akan dipertandingkan di SK Seri Bayu pada 14 Mac 2009 (Sabtu)

Nasyid :
1. Zul Ariff bin Zulkifli (ketua)
2. Muhammad Asyraf b Mohd Idrus (pemain bonggo)
3. Mohamad Irshad b Sathiq Noor
4. Muhammad Shahmi b Fadzil
5. Muhammad Syamim b Fadzil
6. Muhammad Azizul Hakim b Zubir
7. Muhammad Zharif b Ishak
8. Syafiq Asyraf b Ishak
9. Wan Muhamad Syafiq b Wan Kamarul Azran
10. Muhammad Ariff b Noor Azman Shah (simpanan)

Bacaan Rawi
1. Muhammad Zaqri bin Saidin
2. Nur Faiz Hakim b Nazari


Tulisan Jawi/Khat

1. Muhammad Asyraf b Mohd Idrus
2. Mohamad Irshad b Sathiq Noor


4. FESTIVAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAERAH MANJUNG

Tarikh : 14 Mac 2009
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : SK.Seri Bayu

Sekolah-sekolah yang terpilih sahaja daripada 10 buah sekolah yang melepasi saringan di SK Mohd Saman dan SK Seri Sitiawan menyertai.SK St Francis hanya menghantar wakil dalam tulisan jawi/khat seramai 2 orang.Mereka ialah Muhammad Asyraf b Mohd Idrus
dan Mohamad Irshad b Sathiq Noor.

Keputusan pertandingan ini ialah :
1. Tilawah Al Quran (L)
Tempat pertama : SK Ladang Huntly 88%
Tempat kedua : SK Lekir 86%
Tempat ketiga : SK Nakhoda Mohd Taib 70%

2. Tilawah Al Quran (P)
Tempat pertama : SK Dato’ Sri Kamaruddin 80%
Tempat kedua : SK Pangkalan TLDM 77%
Tempat ketiga : SK Ayer Tawar 75%

3. Hafazan (L)
Tempat pertama : SK Gangga 74%
Tempat kedua : SK Seri Selamat 67%
Tempat ketiga : SK Seri Manjung 66%

4. Hafazan (P)
Tempat pertama : SK Sungai Wangi 88%
Tempat kedua : SK Gangga 79%
Tempat ketiga : SK Seri Manjung 72%

5. Bercerita Kisah Al Quran (L)
Tempat pertama : SK Seri Selamat 94%
Tempat kedua : SK Sungai Tiram 91%
Tempat ketiga : SK Seri Manjung 90%

6 Bercerita Kisah Al Quran (P)
Tempat pertama : SK Lekir 92%
Tempat kedua : SK Seri Manjung 90%
Tempat ketiga : SK Seri Selamat 89%


7. Rawi (L)
Tempat pertama : SK Ladang Huntly 91%
Tempat kedua : SK Lekir 82%
Tempat ketiga : SK Nakhoda Mohd Taib 80%


8. Rawi (P)
Tempat pertama : SK Dato’ Sri Kamaruddin 92%
Tempat kedua : SK Kg Kota 87%
Tempat ketiga : SK Ayer Tawar 85%


9. Tulisan Jawi (L)
Tempat pertama : SK Seri Bayu
Tempat kedua : SK Pangkalan TLDM
Tempat ketiga : SK Batu 10


10. Tulisan Jawi (P)
Tempat pertama : SK Pangkalan TLDM
Tempat kedua : SK Sungai Wangi
Tempat ketiga : SK Kg Dato’ Sri Kamaruddin

11. Nasyid
Tempat pertama : SK Seri Sitiawan 84.25%
Tempat kedua : SK Pangkalan TLDM 71.25%
Tempat ketiga : SK Dato’ Sri Kamaruddin 65.75%

KEJOHANAN OLAHRAGA SK ST FRANCIS KE 41 2009

Tarikh : 12 Mac 2009 (KHAMIS)

Masa : 2.30 petang – 6.00 petang
Tempat : Padang SK St Francis

Kejohanan Olahraga Ke 41 SK St Francis telah diadakan pada tarikh seperti di atas.
Kejohanan Olahraga ini telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG SKSF iaitu En Hafidz bin Haji Hassan . Sebanyak 3 buah rumah yang terlibat di dalam olahraga tersebut.Antaranya Rumah Biru seramai 103 orang,Rumah Kuning seramai 102 orang dan Rumah Merah seramai 103 orang.Murid di SKSF terdiri daripada 308 orang murid dan semuanya mengambil bahagian.

Sebanyak 75 acara dipertandingkan.Rumah yang muncul sebagai juara dalam acara tarik tali ialah Rumah Merah.Pemenang keseluruhan dalam kejohanan Olahraga ini jatuh kepada Rumah Biru dengan Markah sebanyak 323 kedua Rumah Merah dengan markah sebanyak 302 dan ketiga Rumah Kuning sebanyak 229 markah.