Meniru Untuk Berjaya?

MENIRU UNTUK #BERJAYA

Semua orang nak berjaya tetapi tak semua orang tahu bagaimana cara terbaik untuk berjaya. Jalan paling mudah untuk berjaya adalah dengan meniru cara orang yang telah berjaya.

Bayangkan, kalau kita lihat seorang tukang masak berjaya memasak seperiuk pengat durian, kita juga tentu boleh memasak pengat durian yang sama kalau kita tiru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh tukang masak itu. Kalau dia letak 250g gula, kita letak 250g gula juga. Kalau dia guna 2 biji durian, kita guna 2 biji durian juga. Jadi, agak mustahil kalau kita tidak mendapat hasil yang sama.

Nak berjaya dalam pelajaran begitu juga. Tiru cara pelajar cemerlang belajar. Jangan tiru jawapan mereka semasa peperiksaan pula!

Tiru cara mereka fokus kepada pelajaran. Tiru azam mereka. Tiru semangat mereka untuk berjaya. Kalau semua perkara itu anda sudah tiru, adakah mustahil untuk mencapai kejayaan?

0 comments: