Antara pengisian kem pada hari tersebut adalah difokuskan kepada cara-cara mendirikan solat yang betul.
Murid-murid diajar cara mengambil wuduk mengikut tertib yang betul serta doa yang perlu dibaca selepas mengambil wuduk.
Mereka juga dibimbing untuk menjadi imam dan makmum semasa mengerjakan solat secara berjemaah. Alhamdulillah...
Mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustazah selepas mengerjakan solat.
Syukur atas nikmat dan rezeki yang Engkau berikan Ya Allah.
Guru Besar meluangkan masa melayan murid-murid semasa makan tengah hari. Terima kasih cikgu..Semoga Kem Bestari Solat ini dapat memupuk pelajar-pelajar ini menjadi insan soleh demi kebaikan di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

0 comments:
Post a Comment