Fokus Pada Pelajaran

Hari ini 22 Mac 2010 , bermulanya persekolahan penggal ke dua semester pertama. Di dalam amanat yang telah disampaikan oleh Guru Besar hari ini, murid-murid diingatkan supaya lebih fokus dalam pelajaran.

Jangan jadikan kelas sebagai tempat bermain dan berbual-bual kosong. Gunakan masa yang terluang untuk membaca dan membuat latihan. Beri perhatian semasa guru mengajar dan sentiasa memastikan segala kerja yang diberi disiapkan.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah, suasana pembelajaran akan berubah di penggal baru ini. Murid-murid mestilah berubah menjadi murid yang lebih mementingkan pelajaran berbanding hal-hal lain. Semua ini adalah untuk kecemerlangan dan kejayaan masa depan murid-murid sendiri. SKSF BOLEH!

1 comments:

Muhammad RELA said...

Salam...Saya merupakan bekas pelajar St.Francis dan juga tokoh murid pada tahun 1998.Saya juga bersetuju supaya murid-murid lebih fokus pada pelajaran kerana ilmu pengetahuan amat penting pada masa kini.Saya berharap agar para guru dapat memberikan pendekatan yang terbaik kepada murid-murid supaya mereka berjaya di masa hadapan.'All The Best SKSF'