Impian Saya ( ..Akhiri Cerita Anda )



“... Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.”  Akhiri karangan kamu dengan “Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.”

Bunyi jam loceng mengejutkan saya pada pagi itu. Saya segera bangun kerana ingin berjoging di padang bola yang berhampiran. Saya perlu memantapkan fizikal saya untuk menghadapi kejohanan olahraga.

Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi, hari kejohanan olahraga peringkat daerah semakin hampir. Di sampingitu, ibu bapa saya senantiasa memberi dorongan dan semangat kepada saya.

Pada setiap petang, Cikgu Roy akan melatih saya teknik dan cara berlari. Saya berlatih bersungguh-sungguh tanpa berasa jemu. Tambahan pula, saya tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa dan guru-guru.

Dalam pada itu, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Saya bersemangat danyakin dengan persediaan yang dibuat. Namun demikian, saya perlu berhati-hati supaya dapat memulakan larian dengan baik.

Acara dimulakan, tembakan dilepaskan ke udara. Saya memulakan larian dengan penuh semangat. Justeru, saya berjaya menamatkan larian 100 meter dengan baik.Saya menggenggam kad yang diberi oleh hakim penamat.

Selepas itu, saya merenung kad di genggaman. Perasaan saya berbaur antara gembira dan terharu. Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.

0 comments: