Kem Anak Soleh


Kem Anak Soleh telah diadakan pada 21 dan 22 Februari 2009
( Jumaat dan Sabtu ) yang lepas.

Dalam membentuk keperibadian pelajar-pelajar yang baik Panitia Agama Islam dan Moral menganjurkan Kem Anak Soleh ini agar dengan aktiviti yang dijalankan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai iman yang mantap dan mempunyai sifat jati diri serta mampu berhadapan dengan sebarang cabaran.

Memandangkan dewasa ini murid-murid makin kurang menitik beratkan solat dalam kehidupan mereka,disamping itu mereka juga kurang menghormati dan menyayangi ibu bapa,guru dan rakan mereka.

Matlamat Kem ini adalah untuk melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T dan antara objektifnya pula ialah :
1.Meningkatkan lagi amalan dan pengetahuan Islam dikalangan murid-murid.
2.Untuk meneguhkan amalan yang berterusan di kalangan murid-murid terhadap hukum-hukum Islam.
3.Untuk mempekayakan pencapaian murid-murid terhadap pendidikan Islam formal.
4.Untuk mengukuhkan penghayatan murid-murid di dalam bidang disiplin Islam.
5.Membolehkan murid-murid mengetahui perihal pentingnya pengurusan masa.
6.Menambahkan pengetahuan tentang peranan murid terhadap diri,ibubapa, guru dan agama.
7.Dapat mengenali kelebihan dan kelemahan diri.

Murid yang terlibat ialah semua murid Islam tahap 2 tahun 4,5 dan 6 seramai 72 orang.Tenaga fasilitator terdiri daripada 17 orang guru SKSF .

0 comments: