Majlis Perpisahan Pn Rohaida


Pada 7 Januari 2011 yang lalu, bertempat di Orchid Inn, Lumut, satu majlis perpisahan dan ramah mesra telah diadakan.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh PIBG dan KGKT sekolah ini bertujuan meraikan Pn Rohaida bt Husaini yang telah berpindah ke SK Methodist ACS, Sitiawan.

Pn Rohaida selaku mantan PK Kurikulum di sekolah ini telah berkhidmat selama lebihkurang lima belas tahun di sini. Atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan selama ini, warga sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

1 comments:

Deric said...

Cikgu Rohaida!!!! Salah satu guru kegemaran saya!! sayangnya takkan berkhidmat si St Francis lagi, cikgu Rohaida memang salah satu cikgu terbaik yang saya kenal dalam 11 tahun saya bersekolah... Sila sampaikan salam saya kepadanya~!

-Deric Chan, Bekas pelajar St Francis 2000-2005