Pepatah Melayu | Maksudnya |
| Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa. | Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting. |
| Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita. |
| Guruh tak berbunyi, malang tak berbau. | Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu. |
| Harapkan pagar, pagar makan padi. | Percaya akan orang yang mengkhianati kita. |
| Kalah jadi abu, menang jadi arang. | Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah. Kedua-duanya hangus. |
| Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. | Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau orang itu pandai melakukan jenayah, sekali jatuh pun cukuplah susah. |
| Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. | Bekerjasama dan saling menolong. |
| Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. | Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga. |
| Biar putih tulang, jangan putih mata. | Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu. |
| Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. | Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya. |
| Genggam bara api, biar sampai jadi arang. | Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya. |
| Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. | Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha. |
| Takut kerana salah, berani kerana benar. | Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani. |
| Buang yang keruh, ambil yang jernih. | Buang yang jahat, ambil yang baik. |
| Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. | Lakukan kerja yang baik biarlah ada batasnya tetapi jangan melakukan kejahatan. |
| Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. | Budi baik dikenang walaupun orangnya sudah mati. |
| Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. | Semakin banyak wang/ilmu, orang itu semakin merendahkan diri. |
| Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada janjinya. | Janji mesti ditepati. |
| Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. | Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita. |
| Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi. | Mendapat sesuatu yang diingini. |
Ulangkaji Sempena Cuti Tahun Baru Cina 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment