Majlis Graduasi Tahun 6

Buat pertama kalinya sekolah telah mengadakan majlis Hari Graduasi Tahun 6 bagi sesi 2009. Dalam ucapan Puan Guru Besar, beliau menyatakan bahawa majlis ini diadakan sebagai satu dorongan dan galakan kepada para pelajar untuk mencapai kejayaan hingga ke menara gading.
Wajah-wajah ceria para guru yang melihat kejayaan anak-anak didiknya...Teruskan perjuanganmu demi anak bangsa tercinta.

Antara pelajar yang menerima sijil tamat persekolahan sekolah rendah daripada Pn Guru Besar.


Ketua Murid menyampaikan ucapan bagi mewakili semua pelajar Tahun 6.
Pelajar-pelajar tidak sabar untuk menerima sijil-sijil tamat persekolahan rendah dengan penuh ceria dan teruja...
Antara persembahan menarik yang dijayakan oleh pelajar-pelajar Tahun 6 yang bertemakan konsep 1 Malaysia. Anda sememangnya BOLEH!

0 comments: