SAMBUTAN MAAL HIJRAH

1. SAMBUTAN MAAL HIJRAH


Pada 23 Januari 2009 bersamaan ( 26 Muharram 1430 ) iaitu hari Jumaat jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di SK St Francis telah diadakan sambutan Maal Hijrah . Sambutan Maal Hijrah ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan Moral.Antara Aktiviti yang dijalankan ialah mengacau bubur Asyura.


Latar belakang Sambutan Maal Hijrah ialah :
- Murid kurang pendedahan tentang hari-hari kebesaran Islam dan apakah aktiviti yang sewajarnya diadakan dalam acara sambutan tersebut
- Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral,Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah mengarahkan semua sekolah supaya melaksanakan sambutan hari kebesaran Islam dan Ko-Kurikulum peringkat sekolah.

Matlamat Sambutan ini ialah melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.Objektifnya pula ialah yang pertama melatih murid melakukan amalan yang mulia,kedua menghayati cara hidup Islam dan yang ketiga melahirkan murid yang berilmu beriman dan bertaqwa.

Antara sasaran sambutan maal hijrah ini ialah semua murid SK.St Francis, Sitiawan, Perak. dan semua warga guru dan kakitangan SK St Francis.

0 comments: