Berita: Banjir

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.

Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.

Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.

Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.

Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Penangguhan Majlis Penutupan

Perhatian kepada semua guru dan pelajar. Majlis penutupan dan Penyampaian Hadiah Minggu PSS bersama Panita & Bulan Membaca 2011 akan ditangguhkan pada 19 September 2011 iaitu selepas peperiksaan UPSR. Harap maklum.

Berita: Tokoh Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh 2011

Murid tahun enam sekolah anda dianugerahi tokoh murid 2011 atas kecemelangan dalam pelbagai bidang. Anda diminta menulis berita tentang kejayaanya itu. Tulis berita itu selengkapnya.

** ** ** ** ** 
TEMERLOH, 25 OKTOBER 2011-Nor Fatini binti Adam iaitu murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Seri Tualang tahun 2011 telah terpilih sebagai Tokoh Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh pada tahun 2011. Beliau terpilih kerana kecemerlangan dalam pelbagai bidang. 
Nor Fatini binti Adam ialah salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang yang telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2011. Sebelum itu, beliau telah mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan kelas sejak beliau belajar di Tahun Satu lagi. Keupayaannya mengekalkan kecemerlangan dalam akademik hingga ke Tahun 6 membuktikan beliau seorang pelajar yang berkebolehan tinggi.    
Nor Fatini binti Adam juga sangat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Beliau dipilih menjadi Ketua Pandu Puteri dan Setiausaha Pesatuan Matematik di sekolah beliau pada tahun 2011. Menurut rakan-rakan, beliau seorang yang mempunyai kesungguhan dan kewibawaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti yang dirancang oleh kelab. Kejayaan terbesar Persatuan Pandu Puteri Sekolah Kebangsaan Seri Tualang adalah apabila terpilih sebagai wakil negeri ke Jambori Pandu Puteri Kebangsaan. 
Nor Fatini binti Adam juga telah mewakili sekolah dalam kegiatan sukan dan olahraga. Beliau merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola baling, bola jaring dan hoki perempuan. Oleh sebab itu, beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai pasukan-pasukan tersebut. Pasukan yang beliau ketuai telah menempa banyak kejayaan seperti johan bola baling peringkat Daerah Temerloh, naib johan bola jaring peringkat Daerah Temerloh dan tempat ke-3 bagi kejohanan hoki peringkat negeri Pahang. 
Selain itu  Nor Fatini binti Adam telah memasuki pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris dan pertandingan syarahan dalam Bahasa Melayu. Beliau bejaya menjadi johan peringkat daerah dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Oleh itu, memang tidak boleh dinafikan lagi ketokohan beliau dalam pelbagai bidang yang diceburi hingga mengangkat beliau sebagai Tokoh Murid Daerah Temerloh bagi tahun 2011. Menurut  Nor Fatini  kejayaan yang diperolehnya adalah hasil dorongan dan bimbingan guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan bimbingan mereka selama ini.

Berita: Anugerah Pelajar Cemerlang

Andaikan anda pemberita akhbar tempatan. Anda perlu membuat liputan tentang Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri 2011. Tuliskan berita tersebut.

** ** *** ** **

PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih sebagai Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob.

Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan, Pahang bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya.
Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi merupakan seorang murid yang cergas dalam bidang sukan.  Beliau telah mewakili negari Pahang dalam Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah, 2011. Beliau juga telah menjadi johan dalam acara lompat jauh dan lompat tinggi di peringkat negeri Pahang.
Di sekolah,  Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan Pengakap. Beliau juga memegang jawatan penting dalam beberapa persatuan di sekolahnya seperti Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris dan Bendahari Persatuan Metametik.
Beliau menyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas anugerah ini. Beliau menasihatkan kepada rakan-rakan yang ingin berjaya agar membuat sesuatu itu dengan penuh komitmen, tidak mudah putus asa dan tekun. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru dan rakan-rakan atas dorongan dan semangat yang diberikan.