Watikah Pengawas, Pelancaran NILAM & Buletin Sekolah

Tarikh : 10 Januari 2011
Hari : Isnin
Masa : 7.30-8.30 pagi
Ucapan Guru Besar sempena majlis pelancaran NILAM, Buletin Sekolah dan Watikah Pelantikan pengawas 2011.
Barisan guru sesi 2011.

Barisan pengawas sekolah
Murid-murid mendengar amanat yang disampaikan oleh Puan Guru Besar.

Pengawas sekolah sedang menerima surat watikah pelantikan pengawas.
Ini pula barisan pengawas Pusat Sumber.

Pelancaran NILAM & Watikah Pengawas PSS

Pada hari Isnin 10 Januari 2011, majlis pelancaran NILAM peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Puan Haslinda bt Halid, Guru Besar sekolah. Majlis pada hari itu juga menyampaikan watikah pelantikan pengawas Pusat Sumber untuk tahun 2011.
Guru Perpustakaan dan Media memberikan penerangan mengenai program Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2011.
Simbolik kapsul pelancaran NILAM dan surat pelantikan pengawas PSS.
Penyerahan kapsul NILAM sebagai tanda pelancaran NILAM 2011.
Sebahagian daripada pengawas PSS sedang menerima watikah pelantikan.
Pengawas PSS bersedia menerima tugas dan amanah yang diberikan.


Pengawas PSS berserta Guru Perpustakaan & Media sesi 2011.

Pelancaran Buletin Sekolah

Sekolah memasukki era baru apabila bakal menerbitkan buletin sekolahnya sendiri. Jika tiada aral melintang, majlis pelancaran akan diadakan pada hari Isnin ini (10/1/2011)

Buletin sekolah ini akan diterbitkan dua kali sebulan. Buletin ini membawakan artikel-artikel semasa dan terkini yang melibatkan sekolah dan warganya.

Sidang redaksi bercadang untuk menjual buletin ini dengan kadar 30 sen senaskhah ( 2 helai dengan 4 muka surat). Ini adalah untuk menanggung kos percetakan dan kertas.

Jika ada sebarang cadangan dan bantahan mengenai perkara ini bolehlah memberikan komen atau tinggalkan mesej anda di buku pelawat.

Sokongan daripada semua warga sekolah dan ibubapa/penjaga amatlah diharapkan demi merealisasikan impian ini.


Latihan Rumah Sukan

ALatihan rumah sukan akan bermula pada minggu yang ketiga iaitu 17/1/2011. Rumah Merah pada hari Isnin, Kuning pada hari Selasa dan Biru pada hari Rabu.
Perubahan jadual adalah tertakluk pada sekolah.

Jadual Cuti Berganti 2011

Jadual Cuti Berganti untuk sesi 2011 telah pun diedarkan kepada semua pelajar. Diharapkan ibubapa dan penjaga telah sedia maklum perkara ini.

Majlis Perpisahan Pn Rohaida


Pada 7 Januari 2011 yang lalu, bertempat di Orchid Inn, Lumut, satu majlis perpisahan dan ramah mesra telah diadakan.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh PIBG dan KGKT sekolah ini bertujuan meraikan Pn Rohaida bt Husaini yang telah berpindah ke SK Methodist ACS, Sitiawan.

Pn Rohaida selaku mantan PK Kurikulum di sekolah ini telah berkhidmat selama lebihkurang lima belas tahun di sini. Atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan selama ini, warga sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.