PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA

Program gunting rambut secara percuma ini telah dijayakan oleh pelatih-pelatih dari sebuah pusat dandanan rambut dari Sitiawan.Ianya sebagai latihan praktikal bagi pelatih-pelatih yang sedang mengikuti kursus mengunting rambut di kolej tersebut.

Murid-murid yang telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa dan pejaga telah diberikan perkhidmatan gunting secara percuma. Guru-guru juga ditawarkan perkhidmatan ini. Memang peluang sebegini rugi kalau dilepaskan. PERCUMA!

Berikut gambar-gambar suasana program pada hari tersebut.
















PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum diadakan setiap bulan pada minggu yang ketiga. Program bermula dengan nyanyian lagu Negaraku. Selepas itu pelajar akan dibahagikan mengikut unit beruniform masing-masing.

Latihan kawad kaki akan diadakan selama 10 minit diikuti dengan penerangan-penerangan ringkas daripada guru-guru yang terlibat.
















HARI GURU 2010

Hari Guru pada tahun ini disambut pada 17 Mei 2010 (Isnin). Sambutan diadakan secara sederhana di tapak perhimpunan sekolah. Seperti biasa majlis dimulakan dengan nyanyian perhimpunan rasmi.

Selepas itu Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Besar menyampaikan amanat daripada Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran Malaysia. Diikuti dengan nyanyian beramai-ramai oleh guru-guru iaitu lagu wajib Hari Guru " Kami Guru Malaysia".

Program pada hari tersebut diisi dengan sukaneka antara guru dan murid.















GOTONG ROYONG PERDANA SKSF

Gotong Royong ini diadakan pada 15 Mei 2010(Sabtu). Beginilah suasana meriah yang berlaku semasa aktiviti gotong-royong ini berjalan.
Pendaftaran Ibubapa,guru dan murid.

Nombor undi cabutan bertuah....( minta-minta bertuahlah nombor ni....)
Senamrobik diketuai oleh "Lioness Club"




















Terima kasih warga Sk.St.Francis ucapkan kepada ibubapa,PIBG,Lioness Club,murid-murid dan semua individu yang telah menjayakan gotong royong perdana ini.Jasa semua kami sangat hargai.

PENGUMUMAN

TIADA AKTIVITI KO-KURIKULUM MULAI ESOK 5/5/2010 (RABU) SEHINGGA DIBERITAHU KELAK. SILA RUJUK JADUAL YANG DIBERIKAN PADA AWAL TAHUN.

GOTONG-ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH ANJURAN PIBG AKAN DIADAKAN PADA 15/5/2010 (SABTU). SEMUA IBUBAPA/PENJAGA DIMINTA DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK SAMA-SAMA MENJAYAKAN AKTIVITI INI.

SEBUAH BUKU SETIAP KELUARGA. MARILAH SAMA-SAMA MENYUMBANGKAN SEBUAH BUKU KEPADA SEKOLAH ANAK-ANAK KITA. JADIKAN MEMBACA BUDAYA KITA. SUMBANGAN BOLEH DIBUAT TERUS KE SEKOLAH ATAU MELALUI ANAK-ANAK KITA.