Gambar-gambar Sekitar Perasmian Kabin Surau & Kelas J-Qaf



PERASMIAN 'KABIN' SURAU

Majlis Penyerahan Kabin oleh Dato' Pahlawan Ir Haji Jasan Ahpandi b. Sulaiman (Ketua Operasi Boustead Naval Shipyard Sdn.Bhd pada 23 April 2010 (Jumaat)

GAMBAR SURAU BARU

Kontena ini sampai di sekolah pada pukul 8.00 pagi 20 April 2010 Hari Selasa.Kontena ini adalah Sumbangan daripada ..........................untuk kegunaan Surau dan pemulihan j-QAF.




Pencegahan Kebakaran

Pada 13 April 2010 yang lalu, satu ceramah bertajuk 'Menangani Kebakaran' telah di adakan khusus untuk guru-guru. Program ini bertujuan untuk memastikan kita sentiasa bersiap sedia jika berlaku musibah kebakaran ini sama ada di sekolah atau di rumah.

Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Ambillah langkah-langkah pencegahan yang perlu sebelum musibah ini terjadi pada kita.

Guru-guru begitu khyusuk mendengar penerangan yang diberikan.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Semoga kita akan sentiasa bersedia dalam menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak dijangka.

Tasik Paling Dalam Di dunia

Tasik Baikal yang terletak di bahagian selatan timur Siberia (Rusia) adalah tasik paling dalam di dunia. Jarak kedalaman bahagian tengah Tasik Baikal mencapai sehingga 1,637 meter manakala panjangnya sejauh 620 kilometer dan lebarnya ialah 32 hingga 74 kilometer.
Oleh kerana kandungan air di tasik tersebut terlampau banyak ditambah pula dengan kandungan air dari hujan ribut semasa musim luruh menyebabkan tasik tersebut tidak membeku sehingga ke bulan Januari.
Tasik tersebut menjadi tempat tinggal bagi haiwan-haiwan yang unik seperti anjing laut Baikal yang hanya dapat ditemui di kawasan air yang bersih dan segar. Air di Tasik Baikal sebenarnya memang bersih dan segar kerana ia dilimpahi dengan air dari pelbagai anak sungai yang mengalir ke dalamnya.

Tak Nak!

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Kepada perokok2 atau mereka yang ingin cuba-cuba merokok, macam mana dengan info ini?? Adakah ianya memberi kesan kepada anda?? Katakan Tak Nak pada rokok!